Wednesday, July 6, 2011

Hantaran Emergency.. hahaha

Sabtu, 25 Jun 2011 lepas ada la satu rombongan merisik adik aku.. Baru hari ini berkesempatan hendak memuat naik gambar..hehe.
Dalam kekalutan dan kesibukan bekerja, berkesempatan juga aku menyiapkan 3 dulang hantaran balas untuk adik aku.. Kalau ikutkan tiada lah nak reply2 hantaran sebab pihak lelaki datang hanya untuk merisik..

Namun disebabkan ini adalah kali pertama family aku bakal menerima orang baru dan tiada siapa pun tahu apa yang perlu dibuat, maka ku siapkan juga 3 dulang hantaran yang ala-ala kadar sahaja berikutan kesuntukan masa dan kekangan bahan untuk menghias dulang hantaran.. hahaha

Ini antara hasil yang berjaya aku kumpulkan.. hahaha

buah-buahan dari ladang supermart..

pemanis mulut dan gula2 tajaan Nips dan Cloud 9.. :)

kek belacan, sarawak..hehehe..